Tema dan Sambungan

Tema and Sambungan yang digemar boleh diubarkan daripada menu Tools di Firefox.

Firefox adalah aplikasi pelayaran laman web atau browser yang paling mudah diubahsuai di dunia ini; anda boleh mengubahsuai Firefox untuk mendapatkan pengalaman terbaik dalam melayari laman web. Pelbagai tema membenarkan pengubahsuaian rupa, dan pelbagai sambungan menambahkan ciri-ciri dan fungsi yang lebih canggih.

Komuniti Mozilla Update menawarkan pelbagai tema dan sambungan. Pemasangannya cukup ringkas — pilihlah ciri-ciri yang diigini dan klik install now untuk muat turun dan pemasangan secara automatik.

Banyaknya pengkhususan rupa dan rasa Firefox yang percuma!

Berlayar menggunakan Tab

Berlayar menggunakan Tab merupakan ciri yang sungguh hebat untuk melayari laman web dengan lebih cepat dan mudah. Dengan menggunakan hanya satu tetingkap untuk beberapa laman web, anda dapat memastikan Desktop dan Taskbar anda tersusun, dan anda boleh terus membaca sementara menunggu halaman lain dimuat turun di latar belakang.

Antaramuka intuitif dan kekunci singkat memudahkan anda membuka Tab baru dan beralih antara Tab. Untuk membuka Tab yang baru, sila taip Ctrl+T, atau kilk butang tengah tetikus anda.

Tanda Halaman Hidup

Tanda Halaman atau Bookmarks adalah seperti Favorites dari Internet Explorer, dan boleh diimport secara automatik selepas Firefox dipasang. Tanda Halaman Hidup membenarkan anda melihat dengan sekali imbas berita utama terkini dari laman web di barisan dan menu tanda halaman. Anda boleh melanggan laman-laman web yang menunjukkan butang oren Tanda Halaman Hidup di barisan status di bawah tetingkap.